Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Isnin, 26 Disember 2011

~nilai blog saye~

assalamualaikum,
konnichiwa!

waaa.. sgt penat woooh.. semalam balik lmbat, kenduri kat keratong 7.
pastu anta akak aku balik kuantan balik. kemudiannye balik negeri sembilan balik.
banyak betul minyak kereta.
hoho
(TT,)

tapi tuu bukan ape yang aku cube nak cerita nih.
 ape yang aku nak kongsikan ialah nilai blog aku.
aku hengat  singgit ker, due hengget ker...
tapi...

RM1,172.07 !!!

tak caye kan???
kalau korang tak caye. aku percaye... hahaa
tak caye jugak?
nengok nih:

*saje nak berlagak~ haaa(^^,)


mane tak nyer. macam nak terkujat pun hader.
yang nak blogwalking kat sineh pon tak hadep~
followers? baru 30.. (daa meningkat la wehh!)

thankz tuu si purple violet. aku tahu nak cek nilai blog kat blog miss ni lah~

nak cek nilai blog korang???

klik sini (^^,)

ehh silap kah??? hahaa

sinih (TT,)

hahaa sory3. mempergunakan korang jap. hahaa

tuu jer laa kot.
sayonara minna san~
assalamualaikum.

Jumaat, 16 Disember 2011

~hukum-hukum yang terdapat dalam Islam~

assalamualaikum, konnichiwa!


hari nih aku nak kongsi sikit hukum2 yang ade dalam Islam.
kita ade 4 iaitu:
*hudud
*qisas
*takzir
*diat


okeh. nak tau maksudnyer???


hudud:


Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam AlQuran dan Hadis.
Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini.
Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.


dalilnya dalam Al-Quran: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).




qisas:


Hukuman Qisas (Arab: قصاص‎) adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
  1. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa).
  2. Melukakan dibalas dengan melukakan.
  3. Mencederakan dibalas dengan mencederakan.

dalilnya dalam Al-Quran: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah 2:178)




Qisas:



Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
                     a) wang emas = 1000 dinar
                     b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
                     c) lembu            = 200 ekor
                     d) kambing      = 2000 ekor
                     e) Persalinan   = 200 persalinan lengkap

dalilnya dalam Al-Quran: 
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”  (Surah al-Maidah ayat 45)




takzir:

Hukuman Takzir Arab: تعزير‎ ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman takzir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.


panjangkan??? sebab copy dari Wikipedia.. hehe
maklumat lanjut???
klik sini
kalau terdapat kesalahan di mana2 bahagian, sila beritahu
agar aku boleh perbetulkan.

aku cume nak berkongsi ilmu. lain kali, aku akan buat entri pasal
kesalahan yang dikategorikan dalam hukum nih.
lagi sekali aku ulang, kalau ade kesalahan, beritahu.
aku manusia biasa, tak terlepas daripada kesalahan.

tuu jerk kot. hehee
assalamualaikum,
arigato minna, sayonara.
maassalamah.
(^^,)

Khamis, 15 Disember 2011

SuPeR HoT GIVEAWAY BY AZFARAH AND KATIE~

assalamualaikun,konnichiwa!

hahaa ari ni aku join satu giveaway contest.
aku rse tak salah nak join walaupun aku ni lelaki.
hahaa~ (^^,)
walaupun hadiah dia for gigirl. tpi aku tak kira.
hahaa~ (^^,)

Photobucket
*kalau nak join, klik gambar atau sini


erm lepastu miss perple violet ni suruh aku tag 2 orang kawan~
i choose you! (mcm pokemon plak~ :p )

*cik nemo
*cik tiera

gwahahaha. nanti kalau aku terpilih, kite pareng(kongsi) hadiah.

aku suke follow blog miss purple violet ni sbb blog die sweet.. hehee~
lagi satu, banyak tutorial for bloggers aku dapat dari die laa~
(^^,)

okies dookies.
kalau ade rezeki, pilih laa saye yer miss~
(^^,)

tuu jer laa. (",)
sayonara minna, arigato gozaimashita.
assalamualaikum
(^^,)

Isnin, 12 Disember 2011

statement maut: aku takut perempuan!

assalamualaikum, konnichiwa???

lame dah tak update blog.
bukan stakat bersawang, berbulu jer pon hader~









berbalik kpade statement berani maut tersebut~
ramai kate aku takut perempuan. diorang bergosip, aku melayan.
diorang suruh belikan keropok, aku pegi beli lalu cakap `~haha~'
diorang nak pinjam barang, aku kasi sambil cakap '~haha~'
kalau aku buat salah, diorang marah aku tapi aku buat tak tahu jer sambil cakap '~haha
diorang perli aku, kutuk2 aku, aku pandang mereka sambil berkata, '~haha~'


berbanding dengan lelaki,
diorang bergosip, aku cume pasang telinga( tak boleh tahan diri)
diorang suruh  beli keropok, aku cakap 'beli sendiri dowh???"
diorang nak pinjam barang, aku cakap " aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah"
kalau aku buat salah, diorang marah but then aku marah diorang balik sambil cakap
"hader aku kisah????"
diorang perli, kutuk2 aku, aku marah dan cakap pade mereka  " hader aku kisah???"




ni semua bukti aku takut dengan perempuan???
'~haha~'


BUKAN!!!
(caps lock uuh)


kawan2 selalu cakap aku takut perempuan.
but then aku bagitau mereka,
"AKU BUKAN TAKUT PEREMPUAN, AKU CUMA TAK BOLEH TOLAK PERMINTAAN DIORANG."
(caps lock skali lagi uhh)


aku tak tipu! memang jujur sangat daah nih!
lagi satu sebab ialah pandangan aku,
"SEORANG LELAKI YANG MACHO AKAN MELAKUKAN APA2 SAHAJA UNTUK KAUM WANITA"
(caps lock kali ketiga)


aku tak tipu kooot! jujur lagi nih.. hahaa


i cant resist it. taktau nape.
kadang2 orang suruh aku tegas dengan diri sendiri.
jangan jadi dayus.


DAYUS???
dakwaan pedas yang aku terima.
but that's my style. aku dah try nak berubah tapi tak boleh.


aku cuma anggap,
"ITU ADALAH CARA AKU MENGHORMATI KAUM WANITA YANG SUCI"


so..as the conclusion.
stop calling dayus. or takut perempuan. huhuu.
aku rase cukuplah smapai kat sini untuk aku mengarut.
kang jadi cite lain plak.


terima kasih sudi singgah.
domo arigato,
assalamualaikum.
sayonara minna~




P/S: aku takkan sesekali melawan cakap ibu aku. itu dosa yang aku takkan buat~

Jumaat, 2 Disember 2011

goodbye my schoolday!

assalamualaikum, konnichiwa minna~

berdasarkan tajuk di atas, (macem rumusan la pulak)
aku paham yang korang paham maksudnye.. bwahahahaha
SPM(sijil paling mudah) sudahpun tamat berlalu...

goodbye school, hello cuti!

tapi, rase sangat sedih ler nak tinggalkan sekolah kesayangan aku nih (tangan di dada, mata pandang ke atas)
nanti mesti rindu ngan cikgu, kawan, pakcik pekebun, makcik kantin, kucing projek (???),
pengetua (rindu kerk :p ) dan segala menatang yang hader kat skolah tuu..

* ni ler tempat aku berperang bermati-matian beberapa minggu lalu, haha


tapi dalam mengenang orang2 yang dirindui itu,
cuti ni aku dah ader bnyak projek... mwahahahaha (gelak devil)
antaranya:

*main game ran online

*jual minyak wangi,
(saper nk minyak wangi, bleh call saye.. hehe)

*ambik lesen kereta,

*dan sesi pengurusan body,
(agak terasa dengan ayat doktor tuu)


akhir kalam( ewah),
aku nak ucapkan semoga bergembira kepada kelas aku yang bakal berangkat ke
genting highland ( doakan korang selamat di sana)
jangan lupe belikan aku keychain, (cukup 18 keping, sume kena bagi)

dan kepada pelajar lepasan SPM 2011,
semoga cuti diisi ngan benda berpekdah sikit (^^,)

selamat bercuti,
arigato minna,
goodbye my schoolday!
assalamualaikum.


Ahad, 9 Oktober 2011

~ cuti2 Malaysia ~

Assalamualaikum! konnichiwa...

hari niy aku nak jalan2 merayap2 sikit kat Kuantan, Pahang.
sebab nak melawat kakak aku yang sibuk belajar kat sana. rase nyer 2 minggu sekali
famili aku akan ke sana.. susah bila jadi satu2 nyer anak perempuan cam akak aku tuu.
hari niy die ajak pergi tengok waye.. (wayang)
cerita klip 3gp??? yer kot??? camtu laa bunyi nyerk. kate nyer citer hantu... hadoi. (T_T)
pergi pahang memang tak boring sangat. sebab ade port2 yang best utk santai2.
macam kat bawah nih:



* teluk cempedak (walaupun takder cempedak, tpi pantainye cantik. air jernih)



* cherating. pantai gak. tapi aku rase best sikit daripada teluk cempedak. tpi tak banyak orang waktu aku pergi.


*jeram pancing. (pedulikan orang yang kat depan nih) jeram die nyaman jerk. tapi selalu ramai orang..
(^^,)

*hahaa. berjaya megamall. tmpat akak aku ngan famili nyer tengok wayang, shopping barang.

*east coast mall. pun tmpat shopping n tengok wayang. hahaa. merayap jerk.

*china town, kuantan. (pernah lalu jerk. (-,-)

*indian town. sebelah china town.

*malay town. sebelah dengan yang dua2 town kat atas tuuh.


banyak lagi sebenarnye. tpi tak smpat laa nk tunjuk. daa nak gerak nih. hehe
Gambang, kuantan, pahang juga tempat kelahiran perdana menteri kita yang ke-enam,
Dato' seri najib tun razak.

tempat belajarpun berlambak kat sini. antaranya:
-sekolah menengah sains sultan haji ahmad shah (budak sekolah jerk)
-polisas(politeknik)
-matrikulasi pahang
-UMP(universiti malaysia pahang. tmpat akak aku lepak skrang nih)

ader lagi rasenyer. tpi lup laa plak. cari sendiri laa yerk.
hehe

tuu jerk rasenyer. gua cau dulu laa yerk.
terima kasih sudi singgah.
arigato minna.
Assalamualaikum.
     (^^,)(",)

Sabtu, 8 Oktober 2011

~ MINI SEGMEN: BLOGGER PILIHAN CHEGU ZUBIR ~ (^^,)


Assalamualaikum. konnichiwa! (^^,)
ari niy aku first time aku join segmen chegu zubir. hehe. blog die best gak. bnyk entri menarik tok dibace.
macam pasal uitm jual menu ular (snack jdi snake (-,-)"' ). niy first entri yg
aku bce kat blog die. hehe




Chegu Zubir



saya mahu jadi blogger pilihan chegu zubir kerana:
memang trafik blog sye tak pernah jam <(T,T)>
dan dapat gak follow blog lain yang tak pernah sempat jumpe kat group KAMI SI BLOGGER (OFFICIAL).
dapat gak kenalan baru kat malaysia ni. best kot. muehehehe (-,-)
nak gak merasa segmen2 chegu zubir (sebelum ni bace jerk. tak smpat nk join) (-,-)'''






tuu jer laa kot. (-,-)
hehe.
assalamualaikum dan terima kasih sudi singgah.
arigato minna

Ahad, 2 Oktober 2011

~ MPOP??? KER KPOP??? ~

Assalamualaikum, Konnichiwa????

hari niy aku nak kongsi sikit pasal KPOP kat Korea dan MPOP kat Malaysia niy.
 see the different from these video:

*mr simple, SUJU (SUPER JUNIOR).

The group debuted with 12 members: Leeteuk (leader), HeechulHan GengYesungKanginShindong,SungminEunhyukDonghaeSiwonRyeowookKibum and later added a 13th member named Kyuhyun; they are one of the largest boy bands in the world.

and then, this:
*Cinta 247 by MAX 24:7 , malaysian MPOP

Antara ahli diorang ialah Tameen, Alloi, Mierul, Hans, Kim, Eykal, Fifiey, A Ar,
Jab, OB, Virgo dan Iym. mereka bekerja di bawah Aesar Mustafa.
(sila betulkan jika silap)

dan yang terakhir:
*Lagu Sedih, V.I.P.

mesti ramai yang tahu antara ahli kumpulan V.I.P ialah Adam (Adam AF),
Ryan, Fadlan, Yandy dan Malon.


dapat tengok bezanya kan???

kate kooo.. SUJU memang terbaik! sebab dah memang keturunan diorang sume pandai menari..
suara pon takyah cakap. Dah dengar, komen sendiri cukup.

MAX 24:7. ramai kot tak tahu sebab diorang niiy celebs baru kat Malaysia. aku agak kurang berminat dengan diorang sebab gaya pun dah serupa bebenor dengan super junior. group members, same banyak. 12.
cume SUJU tambah sorang.. kyuhyun.
tapi yang tak bestnye.. energy yang diorang bawak tak sama langsung. menaripun gitu2 jer.
video diorang pon tak sehebat dan tak serancak SUJU dan V.I.P.
tapi, credits to Aesar Mustafa. lagu yang beliau gubah boleh tahan.

V.I.P, memang terbaik kot. tak tahu nak cakap camne. boleh tengok diorang punyer agresif dan tenaga camne.
band V.I.P bagi aku hampir setaraf dengan SUJU, 2PM, Shinee dan lain2. diorangpon tak der laa serupa sangat macam KPOP.

Secara tuntasnya, bukan tak nak menyokong industri MPOP kat Malaysia. tapi...
macam tak kena jerk bila stail Korea kite hambik bulat2, lonjong2, mahupon petak2.
bagi aku malaysia dah cukup best. betul tak???

salam pujangga dariku,
Assalamualaikum, dan sayonara.
arigato minna kerana sudi lawat blog saya.

P/S: proud to be Malaysian