Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 27 Januari 2012

macam sesumpah kena amnesia~

assalamualaikum. konnichiwa? annyeong?


aku dah semakin bingung dan bengong.
kini aku terpaksa menukar template blog kepada yang lebih simple.
ngeeee~

sebabnya, ada blogwalkers yang mengadu blog aku sangat berat.
BERAT???

yer, berat.
kalau orang zaman sekarang (cube teka aku zaman bila?) kate loading lame.

so aku mengambil keputusan untuk menukar template
kepada yang lebih simple.

sejarah template aku.

mula2 skali template aku pakai imej anime jerk.
pastu tambah2 sket widget kasi semart.
akhirnya aku rasa semak.
pastu aku pikir nak kasi pembaharuan laa sikit(konon nyer)

mula2 aku ingat cume nak tukar sket2.
pastu aku pikir, rajinnya aku. (tangan di dada mata ke atas~)
so, my programmer (kau hader???) cadangkan
download template jerk.
so aku download ler template dari [cute templatesblogger.blogspot.com]
semart memang semart.
siap ade slideshow lagi.
tapi jadik berat benau(benar;loghat melaka).
itu lah yang diadu blogwalkers ini.
jadi aku pun test tahap mana beratnya blog aku inih.
nak tahu jawapan nya???

*boleh cek di sini
















tengok gambar tersebut.
0.01 sec tu bukan mase yang diambil untuk loading laman web.
tapi masa yang diambil untuk 1 kilobit.
jadi korang kira:
0.01 x 270.76 = 2.7 saat
 2.7 saat!! bagi korang yang pakai streamix rse macam...
hamboi, takde laa lambat bebenau.
tapi bagi yang pakai broadband dan slalu menghadap website.
hhhaaazzzaaabbb tuuuh~

so aku decide( omputih tuu, kau hader) untuk tukar template kepada
yang lebih simple (sory semart, aku terpakse tolak kamu, masa itu sangat  istimewa bagi aku)
yang sekarang inih.
bagi mengelakkan blog ini macam bosan yang melampau,
so aku ade tambah widget sket bagi memudahkan blogwalkers
meninggalkan jejak jari jemari mereka di sini.
(follow ler)

apa kene mengena sesumpah dengan blog aku???
saje jerk nak bagi title lain drpd yang lain. ngeh3
blog aku ni yang bertukar warna dari
warna segadis ungu violet, ke cokelat kekuningan shit, ke warna hitam semart yang semak,
ke warna kelabu2 campur.

amnesia??
sebab blog ni akan mengekalkan warna beliau untuk masa yang lama.
bagaikan sesumpah kena amnesia(pepatah baru tuu~)

kalau anda rasa mengarut?
yer saya memang mengarut.
taktau nak cakap ape dah.. ngeh3

bubuiii my sweet blogwalkers. jangan lupe datang lagi.
arigato, sayonara minna.
assalamualaikum, maassalamah.

Selasa, 24 Januari 2012

renovation done!

assalamualaikum, konnichiwa.
annyeong haseyo.
hehe

akhirnya, blog aku sudah siap diubahsuai.
tak tahu laa ghoman(rupa;loghat negeri sembilan) ape dah blog aku nih.
thankz to my lovely programer, Shafika syuhada. dia yang banyak membantu
aku dalam memilih seni bina blog inih. ngeh3.

aku rase okey laa. simple semacam jerk.
sebab akak aku nih memang suka yang simple2.

apa pendapat korang?
lawa ke tak lawa?
cun ker tak cun?
okeh ke tak okeh?
cer komen, cer komen.
kalau okeh, aku akan kekalkan senibina blog ini, tapi kalau tak okeh,
aku akan edit balik. ngeh3

komen anda sangat membantu.
terima kasih.
arigato gozaimasu.
gomawo.
ngeh3
(^^,)

tu jerk kot. lift your fingerprint after blogwalking here okeh?
hehe.

assalamualaikum,
sayonara minna,
maassalamah.
(^^,)

*grey. using ice magic. (fairy tail)

Sabtu, 21 Januari 2012

kegunaan facebook?

hey blogwalkers!! klik sini, situ, sinun, sana, ngeh3

assalamualaikum.
konnichiwa.

blogwalkers. lame tak nampak??? hahaa.. sorry.
dah lame tak update blog.
sibuk sikit.
almaklumlah, saya dah berkoje.. ngeh3.

kerja kantin jerk. setakat basuh2 pinggan, angkat2 pinggan, lap2 pinggan..
sume pasal pinggan. hahahaa.. tu jerk keja aku.

tambah lagi dengan perangai budak skolah rendah.
ada ke patut diorang panggil aku ACIK.
ATTENTION PLEASE. AKU BARU 18 TAHUN LAH. (-_-)>'''

aku jual jambu, so ader yang panggil aku ABANG JAMBU..
hahahaa.. lain maksudnya tu dik. takper.
abang bagi jambu percuma nih.
(marah ler boss aku   :p  )

stop. dah lari tajuk dah ni.


ngeh3.
sekarang ramai yang pakai facebook. kalau dulu popular dengan myspace, friendster.
tapi sekarang semua dah mengadap kat FB.
kalau nak harap tweeter tu, banyak selebriti jerk yang hupdate.
nak harap aku??? dah bersawang dah tweeter aku.. (password pon dah lupe.. ngeee)

tapi tahap mana korang guna FB???
adakah sampai tahap gaban?
hari ni jerk, berapa ramai yang hupdate status putus cinta.
yang dah dpat awek baru pun hader. tak cukup lagi dengan yang gaduh dengan awek.
ade yang kantoi dengan ex-awek yang ex-pakwe nye nak cari awek lain. ngeh3

kes jelez pon banyak.
"aku jelez ngan kau, kau jelez ngan die, die jelez ngan mereka, ........."
jelez jer laa koje korang. tapi jangan sampai putus sahabat sudahlah.
WHAT GOES ARROUND, COMES AROUND.
nanti suatu hari nanti, kita akan rasa apabila ada orang merajuk dengan kita. dan baru kita tahu
sakitnya. ngeh3

kebanyakan manusia ni guna FB untuk meluahkan perasaan korang.
(ada jugak yang nak kan perhatian (-_-)   )
kebanyakannya rasa happy dan ceria sepanjang hari.
misalnya,
"hari ni aku happy sesangat" atau "seronoknya dapat jumpa my sayang ari nih"
(seriusly? geli anak tekak mak bace nyer)
baguslah kalau kita nak sebarkan kegembiraan dengan orang lain.
(^^,)

ade jugak manusia yang hampha harapannya,
"sedih sangat, kawan makan kawan, awek curang, pakwe ade pompuan lain" atau
" biarlah awan mendung membawa kesedihan ku pergi bersamanya,
datanglah matahari membawa keceriaan untuk ku yang pilu inieh..."
pergh meleleh ayat.
tapi ingatlah,
IF YOU HAVE A PROBLEM, FACE IT,  DO NOT FACEBOOK IT!

lagi satu.
facebook tak dapat menyelesaikan masalah korang, tapi kawan korang boleh membantu.
tapi tak semestinya perlu hupdate status yang pilu2. kan ade handphone??
ngeh3

dan jangan lupa,
kalau ada masalah, tak perlu mengadu kat FB sebab FB tak mampu nak tenangkan jiwa korang,
tapi mengadulah pada Allah SWT.  . pohonlah pada Dia agar dapat menggagahkan
jiwa kita untuk menempuh dugaan-Nya..

sebelum saya melalut lagi dan kena saman dengan Mark Zuckerberg.
saya nak mengundur diri yer.

terima kasih, arigato gozaimasu, komawo, (korean kot, kalau silap sile betulkan)
syukran jazilan.

assalamualaikum, maassalamah, sayonara minna!











like my fanpage, INi kiSah KUnKuN.

Jumaat, 6 Januari 2012

siapa anjing! polis ke korang?!

assalamualaikum.
konnichiwa! salam sejahtera blogwalkers.


pertama sekali, saya nak mintak maaf dengan blogwalkers sebab  tajuk entri
kali nih  ganah sikit. hehe
bukan ape. tapi itulah statement rakyat di Malaysia.
mereka melabel polis sebagai anjing kerajaan.


heeeeeei!


jangan ingat korang bagus!
korang pikir polis ni ape??? kerja makan gaji buta?! nak ikut secara membabi buta kata2 si pendusta?!
TIDAK!!!


mungkin nampak agak bias, sebab polis banyak menentang
tindakan rakyat yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan.


...............
heeeeeei!
korang ingat kerja polis ni aper?? makan tidur? polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman yang mengganggu gugat keamanan negara!!!


ada yang berkata:
"biarlah mereka nak mengadakan perhimpunan, bukan berbahayapun. diorang
cuma nakkan keadilan. lagipun tugas polis ialah protect taxpayer,"


nak dengar jawapan aku???
bukan kamu jer taxpayer. bukan rakyat jer taxpayer. polis pon taxpayer jugak. pekerja sektor kerajaan pon taxpayer jugak. kerja polis bukan utk protect taxpayer okeh, kerja polis adalah utk melindungi negara dari sebarang ancaman dalaman dan luaran.
perhimpunan yang korang lakukan bukan nye mungkin, dijangkakan, tapi pasti akan berlaku rusuhan. tak percaya?
waktu perhimpunan bebas, ade berlaku rusuhan. ingat korang jer tercedera? polis pun ade yg tercedera. betapa hebatnya rakyat malaysia nih.
nak bukti lagi?
perhimpunan pelajar upsi waktu mlm tuu. berlaku rusuhan. pelajar upsi merempuh pintu kaca klinik. itu tak membahayakan? selamat ker?
akhirnya, polis jugak yang tolong pelajar yang hebat tuu. pasal pelajar yang kena belasah dengan polis tuu. betul ke dia tak melawan polis?
serius? diorang ramai2 kat situ tapi kenapa boleh kena belasah dengan polis?
bukan sepatutnya polis kena belasah dengan diorang?
tak paham dengan sikap korang. jangan kerana agenda politik, polis korang sembur.



ada yang cakap polis pencacai kerajaan.
saya mengaku bukan semua polis baik. tapi itu tak semestinya semua polis jahat.
dan polis hanya menjalankan tugas. polis hanya patuh kepada pemerintah.
dan saya yakin kalau pakatan rakyat akan naik sebagai kerajaan, polis tidak akan ingkar arahan.

dan ini agak personal. sye bukan mendoakan kamu yang tak elok,
tapi jika suatu hari nanti kalau kamu dirogol, atau dicabul, diraba, dirompak.
saya cadangkan buat laa report dekat PKR/DAP.

sebab awak kte polis pencacaikan? so, bila perkara yang seperti itu berlaku kat kamu, jangan buat report dekat polis.
sebab kalau kita meludah ke langit, akan kena ke muka sendirikan?



banyak lagi hinaan yang rakyat malaysia lemparkan.


antaranya, kata2 Ustaz Azhar Idruz(UAI) yang mendakwa hasil gaji yang diperoleh polis haram kerana memukul orang lain.
UAI antara penceramah yang sangat saya hormati.
beliau juga dihormati oleh masyarakat kerana peribadi beliau yang sangat sporting.
tetapi dimanakah kewajaran kata2 beliau?






ini jawapan aku:
salah satu etika polis ialah diorang tak boleh melakukan kekerasan selagi penjenayah tidak melakukan kekasaran. kalau tak diorang boleh dikenakan tindakan kerana mencederakan org awam. memang betul aper yg UAI cakap, tpi polis hanya menjalankan tugas mereka. abis tuu takkan nak tunggu penjenayah tembak orang/bunuh orang baru boleh tangkap penjenayah tuu?


jangan ingat perhimpunan korang boleh bagi pahala kat korang?
jangan ingat demonstrasi untuk menegakkan keadilan boleh bagi korang masuk syurga?
jangan ingat demonstrasi untuk membebaskan Dato Seri Anuar Ibrahim dan
Adam Adli, korang akan dapat kemahuan korang?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Hadis riwayat Ahmad)

polis suka mengugut pakai kuasa dan pistol?
polis bukan mengugut, tapi nak ingatkan korang. stop laa. polis bukannya puak gasar yang hanya tahukan kekerasan. polis ade etika mereka. mereka pun belajar jugak. recruit jugak. mereka bukan orang bodoh yang senang2 nk dihina. malu laa sikit dengan perangai korang. aku dah naik menyampah dengan sikap org melayu nih.


sikap orang melayu ni, membuatkan aku rasa meluat, loya dan menyampah.
kepada orang yang mengutuk dan membenci ya amat kat polis tuu,
kalau laaa korang kena rogol(yang perempuan), adik ke, akak ke, atau mak,
jangan buat report kat polis. buat report kat PKR/DAP.
sebab diorangkan telus dan ikhlas.
kalau rumah korang kena rompak, jangan report kat polis, buat report kat DAP/PKR jugak. sebab diorangkan suka tolong rakyat.

aku rasa tu jerk luahan hati aku
yang dah lama aku pendam.
aku harap orang akan lebih menghormati kerjaya polis.

assalamualaikum.
sayonara minna,
ma'assalamah.