Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Isnin, 28 Mei 2012

memoirs of mine: 1

Assalamualaikum, konnichiwa??
annyeong??

hari ni aku memang rajin nak blogging pukul 5:29 pagi sebab,
huuuuu. hari ni aku last kat pulapol air hitam, jempol, negeri sembilan....
<(T,T)>
sebentar lagi aku akan diterbangkan ke, erm, lebih tepat dipos ke
Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

perjalanan ke sana memang tak lama, lebih kureng 30-45 minit laaa.

STOP~

kembali kepada tujuan yang asal, hari ni aku dah rancang2 nak pos 4 entri, iaitu:
-Memoirs of mine: 1
-Memoirs of mine: 2
-Memoirs of mine: 3
-Memoirs of mine: 4

semuanya pasal kehidupan aku yang telah aku lalui sebelum ini,
hambik kau ayat ahli dewan undangan negeri... bhahahaha


MEMOIRS OF MINE: 1


asal-usul aku.
*bang rosli ngan kak ina
ayah aku @ bang rosli ni orang cherana puteh, alor gajah, melaka.
beliau lahir pada 6.6.1962. (minggu depan besday ayah!!)
ayah masuk recruit polis, kalau tak silap masa 1986. masa tu die land. kopral jer.
(sekarang die sarjan mejar, im proud of you ayah!)
ayah banyak cerita pengalaman die kat aku pasal masa die kerja sebagai PGA(polis gerakan am) masa die kat sabah. dari situ aku dapat tahu kerja polis memang sukar dan sapa tak kuat fizikal dan mental, memang cepat mengalah.
die bertemu dengan kekasih hatinya masa die kerja kat pulapah(sekarang tukar pulapol) atau tempat aku bertandang sekarang nih.

ibu aku @ kak ina pun asal orang cabau, melaka jugak.
beliau lahir pada 23.5.1964 (minggu lepas!!)
ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa sekarang. tapi sebelum die bernikah dengan ayah, die banyak pengalaman kerja. petik daun teh, ladang getah, menanam padi dan macam2 lagi.
pengalaman die yang paling aku suka dengar masa die kerja dekat restoran arwah cik hamid dekat melaka.
dekat situ ibu belajar asas2 memasak dan menguruskan kedai @ katering. (takyah masuk universiti!)
selepas ibu dan keluarganya pindah ke felda lui barat, jempol, negeri sembilan ibu kerja dekat kantin pulapah.
dekat sini laa die bertemu dengan kekasih hatinya inih~

ibu cerita masa mula2 diorang ni kaki gaduh. bertekak jer kerjanya. hehe. tapi gaduh punye gaduh,
kawin plak. bhahahaha. tarikh pernikahan diorang jatuh pada 13.12.1987.

kak peeka, kak ina ngan abang yeh @ syahrul.

setahun selepas tu, lahir laa seorang budak lelaki yang brutal inih.
abang syahrul @ yeh @ ayul @ acat @ syuhada. banyak gelaran. bhahahaha
budak ni lahir pada 5.11.1988.
dulu die sekolah kat SK. Pulapah dan SMK Serting Hilir Kompleks.
sekarang ni sementara die tanam anggur, die mengikuti band boy pulapol air hitam dalam pengurusan P.A sistem.
berkelulusan SPM dan sijil kemahiran malaysia tahap 1 & 2. (dah macam resume plak. ngeh ngeh ngeh)
die turut merancang untuk melakukan PJJ tahun depan untuk SKM 3 & 4. hehe
die ni memang kaki pukul punye. baran tahap gaban. tapi aku tolak tepi tu semua.
sebab die protective dan kaki lawak! dan die ni sangat baik hati. weeeeee~
nak 10 hengget~

2 tahun selepas abang yeh lahir, gadis hitam manis ini plak lahir.
kak peeka @ syuhada.
akak kite ni lahir pada 6.1.1990. (paling cepat dapat hadiah!!)
sebab satu2nya anak gigirl, dielah apple of our eyes~
sekolah sama jer dengan abang aku. takda beza pun. haha
keputusan SPM die agak cemerlang, so die melanjutkan pelajaran ke matrik melaka.
dan sekarang die  sem akhir kat u. malaysia Pahang dalam ijazah software engineering.
die sangat kedekut! sangat! apa yang paling tak bleh belah, duit elaun matrik die masih ade baki lagi rm1000 lebih! dahsyat! itu pasal laa aku kasi tabik spring kat die. sebab die tahu bezakan keperluan dan kemahuan.
dengan itu saya ingin membuat permohonan tolong belanja Kepsi(KFC) ye!

aku penyokong kuat anh ming yo, top bigbang, si-won suju. dan min-ha!

7 tahun selepas ibu ngan ayah kahwin, lahir laa plak budak yang tak boleh harap nih!
siapa?? Aku lah!
aku lahir pada 30.7.1994 (tahun ni sambut besday puasa laa yer!)
aku ni dalam kategori anak last, jadi perangai manja tu memang ade lah. (tapi xbleh challange akak peeka!)
sekolah?? takyah bgtau pun. sama jugak. haha
SK. Pulapah dan SMK. Ser Hills @ SMK. serting hilir kompleks.
keputusan aku agak hampeh, tapi melayakkan aku dapat 2 tawaran. Matrik pilah (kejap lagi pergi dah!)
dan UNIMAP(diploma kejuruteraan komputer)
tapi atas nasihat keluarga dan guru, aku pilih matrik ler.

sepanjang aku hidup, segala keputusan banyak dipengaruhi famili aku. apa yang aku buat, apa yang aku perlu belajar, dll. orang kata, kita mesti tahu kemampuan diri-sendiri. tapi famili aku dah buktikan kat aku, walau terhad manapun kemampuan kita, kalau kita berusaha. kita boleh memecahkan dinding batas yang menghalang kita untuk dapat keputusan yang extra cemerlang. kalau lah aku tak ikut apa yg diorang suruh, aku rasa aku sekarang hanyut dalam arus kelalaian.
:")
terima kasih. adik sayang ibu, ayah, abang dengan akak!

setakat ni jer laa salasilah keluarga aku. seterusnya tunggu laa episod masa depan yang bakal aku tentukan!

arigato minna,
komawo,
syukran jazilan,
xie xie ni,
terima kasih.

Assalamualaikum,
ma'assalamah.

4 ulasan:

cikatietyra berkata...

paling suka entri ni :P

airel chan berkata...

mekasih cik atie tyra~ :"D

Peeka Syuhada berkata...

ngeks~~ kedekut2 pon.. ko la yg paling banyak abiskan duit akak .

airel chan berkata...

duit akak duit adik jugek. hehe :D