Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

best friends!

Featured Posts

Isnin, 28 Mei 2012

memoirs of mine: 2

assalamualaikum. konnichiwa?
anyeong haseyo?

kalau entri tadi pasal keluarga aku, yang ni aku nak buka buku lama
masa aku sekolah rendah. masa aku gila2 enjoy hidup memang takde pikir benda lain dah.
12 jam main jerk. (6 jam tido)
memoirs of mine: 2


sekolah kebangsaan pulapah.


dulu takde pasu2 tu sume. dulu kosong jer. haha.
tempat ni laa dulu aku lepak pagi2 sementara tunggu perhimpunan.




abang, akak dan aku memang berkongsi sekolah yang sama.
Sekolah Kebangsaan Pulapah. sejarah pasal sekolah ni??
carik sendiri. aku pun dah lupe dah. haha

kalau nak diikutkan, aku memang ingat semua budak2 pulapah sebaya aku daripada aku
darjah satu sampai darjahanam(darjah 6).
nak aku senaraikan? boleh. bhahahahah (gelak poyos~)
aku, ayu, shameera, izzati, ashraf( BFF dunia akhrat!), farihah, khairul a.k.a abang, afiq,  ikhmal, iqbal, farah a.k.a betty, nazatul, azrul, aqamal, amirul (D), amirul adha, aqiela, mira, faris, alif, fikri, kamalia, faizie, muhaimin, mahathir, adik, akak, khaliesah, nadira, aideed, sharina a.k.a shina, rasyid, harith, adha,
safiq, atirah, nelia, ayie, raj, dan akhir sekali natasha. kalau ade yang tertinggal, maknanya...
seganlah aku. hahaa
(ada sorang budak lelaki nih, aku ingat die tapi aku lupa namanya. die pindah kejap jerk. aku agak rapat ngan die sebab kitorang duk sblah2. mse darjah3 kot. kott?)

cikgu? tak semua aku ingat. tak tau sebab ape. haha. cikgu aida, cik sani, ustazah seri, cikgu zolman, cikgu khairil, teacher shaelbidiya(panggilan teacher shai), teacher sarina, cikgu saha, cikgu noraliza dll. hahaha
ade 2 orang lagi cikgu yang aku lupa namanya, sorang cikgu bm yang ajar aku masa darjah 4.
lagi sorang ustazah masa aku darjah 6. tu jer laa. haha :D

banyak benda yang aku memang tak boleh lupakan. sebab kat sini permulaan hidup aku dalam menuntut ilmu.
kat sini jugak laa di mana aku diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan oleh kawan2 aku.

my bff!
tuuu dia my best friend forever dunia akhirat. aku tak banyak bff. sebab? aku cume bnyak bf jerk. haha
niiin dia bff aku. ashraf.

disebabkan masa kecik masing2 pelat, aku panggil die acap. die panggil aku cair.

sejak kecik aku memang dengan die jer laa. aku tak ramai kawan. dari tadika sampai sekolah rendah.
apa yang aku memang tak boleh lupekan part aku jatuh longkang. die laa tolong aku. hahaa.
die pernah cite aku slalu pujuk die kalau die nangis. tapi aku lupe semua tu. thankz ingatkan budak!.
bhahahaha

lepas die pindah, aku lebih rapat dengan ayu ngan shameera. tu laa best friends aku. hahaa.
susah senang kitorang bersama... weeeee :D
masa darjah 6, aku makin rapat dengan khaliesah, si comel dan natasha. hehe
disebabkan natasha masuk lambat ke sk. pulapah ni. jadi die kureng rapat dengan kitorang.
so kami mengambil langkah drastik untuk rapat dengan die.. weeeee~
mereka ni tersenarai dalam bestfriends aku. hahaa

banyak yang aku peroleh dari sekolah ni. ilmu, kenangan manis tak terkecuali kenangan pahit..
tapi pengalaman yang mematangkan kita. kalau takda pengalaman,
umpama pohon yang ade dahan tapi tidak berdaun dan berbuah. :D

usia semakin lanjut, jadi aku sambung ke sekolah menengah lepas darjahanam. :D
tu aku akan sambung dalam entri seterusnya. bhahahahaha

di sini aku sertakan sekeping gambar masa birthday party aku. hahaa
bila banding2kan, dulu semua cute2 pendek2.. sekarang masing2  dah chantek2 ensem2 tinggi2.
aku jer pendek lagi. wuuuu. <(T.T)>

tak semua ada. tapi okeylah kan. :D

arigato minna,
komawo,
syukran jazilan,
xie xie ni,
terima kasih.

Assalamualaikum,
ma'assalamah.

memoirs of mine: 1

Assalamualaikum, konnichiwa??
annyeong??

hari ni aku memang rajin nak blogging pukul 5:29 pagi sebab,
huuuuu. hari ni aku last kat pulapol air hitam, jempol, negeri sembilan....
<(T,T)>
sebentar lagi aku akan diterbangkan ke, erm, lebih tepat dipos ke
Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

perjalanan ke sana memang tak lama, lebih kureng 30-45 minit laaa.

STOP~

kembali kepada tujuan yang asal, hari ni aku dah rancang2 nak pos 4 entri, iaitu:
-Memoirs of mine: 1
-Memoirs of mine: 2
-Memoirs of mine: 3
-Memoirs of mine: 4

semuanya pasal kehidupan aku yang telah aku lalui sebelum ini,
hambik kau ayat ahli dewan undangan negeri... bhahahaha


MEMOIRS OF MINE: 1


asal-usul aku.
*bang rosli ngan kak ina
ayah aku @ bang rosli ni orang cherana puteh, alor gajah, melaka.
beliau lahir pada 6.6.1962. (minggu depan besday ayah!!)
ayah masuk recruit polis, kalau tak silap masa 1986. masa tu die land. kopral jer.
(sekarang die sarjan mejar, im proud of you ayah!)
ayah banyak cerita pengalaman die kat aku pasal masa die kerja sebagai PGA(polis gerakan am) masa die kat sabah. dari situ aku dapat tahu kerja polis memang sukar dan sapa tak kuat fizikal dan mental, memang cepat mengalah.
die bertemu dengan kekasih hatinya masa die kerja kat pulapah(sekarang tukar pulapol) atau tempat aku bertandang sekarang nih.

ibu aku @ kak ina pun asal orang cabau, melaka jugak.
beliau lahir pada 23.5.1964 (minggu lepas!!)
ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa sekarang. tapi sebelum die bernikah dengan ayah, die banyak pengalaman kerja. petik daun teh, ladang getah, menanam padi dan macam2 lagi.
pengalaman die yang paling aku suka dengar masa die kerja dekat restoran arwah cik hamid dekat melaka.
dekat situ ibu belajar asas2 memasak dan menguruskan kedai @ katering. (takyah masuk universiti!)
selepas ibu dan keluarganya pindah ke felda lui barat, jempol, negeri sembilan ibu kerja dekat kantin pulapah.
dekat sini laa die bertemu dengan kekasih hatinya inih~

ibu cerita masa mula2 diorang ni kaki gaduh. bertekak jer kerjanya. hehe. tapi gaduh punye gaduh,
kawin plak. bhahahaha. tarikh pernikahan diorang jatuh pada 13.12.1987.

kak peeka, kak ina ngan abang yeh @ syahrul.

setahun selepas tu, lahir laa seorang budak lelaki yang brutal inih.
abang syahrul @ yeh @ ayul @ acat @ syuhada. banyak gelaran. bhahahaha
budak ni lahir pada 5.11.1988.
dulu die sekolah kat SK. Pulapah dan SMK Serting Hilir Kompleks.
sekarang ni sementara die tanam anggur, die mengikuti band boy pulapol air hitam dalam pengurusan P.A sistem.
berkelulusan SPM dan sijil kemahiran malaysia tahap 1 & 2. (dah macam resume plak. ngeh ngeh ngeh)
die turut merancang untuk melakukan PJJ tahun depan untuk SKM 3 & 4. hehe
die ni memang kaki pukul punye. baran tahap gaban. tapi aku tolak tepi tu semua.
sebab die protective dan kaki lawak! dan die ni sangat baik hati. weeeeee~
nak 10 hengget~

2 tahun selepas abang yeh lahir, gadis hitam manis ini plak lahir.
kak peeka @ syuhada.
akak kite ni lahir pada 6.1.1990. (paling cepat dapat hadiah!!)
sebab satu2nya anak gigirl, dielah apple of our eyes~
sekolah sama jer dengan abang aku. takda beza pun. haha
keputusan SPM die agak cemerlang, so die melanjutkan pelajaran ke matrik melaka.
dan sekarang die  sem akhir kat u. malaysia Pahang dalam ijazah software engineering.
die sangat kedekut! sangat! apa yang paling tak bleh belah, duit elaun matrik die masih ade baki lagi rm1000 lebih! dahsyat! itu pasal laa aku kasi tabik spring kat die. sebab die tahu bezakan keperluan dan kemahuan.
dengan itu saya ingin membuat permohonan tolong belanja Kepsi(KFC) ye!

aku penyokong kuat anh ming yo, top bigbang, si-won suju. dan min-ha!

7 tahun selepas ibu ngan ayah kahwin, lahir laa plak budak yang tak boleh harap nih!
siapa?? Aku lah!
aku lahir pada 30.7.1994 (tahun ni sambut besday puasa laa yer!)
aku ni dalam kategori anak last, jadi perangai manja tu memang ade lah. (tapi xbleh challange akak peeka!)
sekolah?? takyah bgtau pun. sama jugak. haha
SK. Pulapah dan SMK. Ser Hills @ SMK. serting hilir kompleks.
keputusan aku agak hampeh, tapi melayakkan aku dapat 2 tawaran. Matrik pilah (kejap lagi pergi dah!)
dan UNIMAP(diploma kejuruteraan komputer)
tapi atas nasihat keluarga dan guru, aku pilih matrik ler.

sepanjang aku hidup, segala keputusan banyak dipengaruhi famili aku. apa yang aku buat, apa yang aku perlu belajar, dll. orang kata, kita mesti tahu kemampuan diri-sendiri. tapi famili aku dah buktikan kat aku, walau terhad manapun kemampuan kita, kalau kita berusaha. kita boleh memecahkan dinding batas yang menghalang kita untuk dapat keputusan yang extra cemerlang. kalau lah aku tak ikut apa yg diorang suruh, aku rasa aku sekarang hanyut dalam arus kelalaian.
:")
terima kasih. adik sayang ibu, ayah, abang dengan akak!

setakat ni jer laa salasilah keluarga aku. seterusnya tunggu laa episod masa depan yang bakal aku tentukan!

arigato minna,
komawo,
syukran jazilan,
xie xie ni,
terima kasih.

Assalamualaikum,
ma'assalamah.

Ahad, 13 Mei 2012

~hukum2 bilangan unta~ aik?



assalamualaikum?
salam hamba tulus tanda ikatan,..
chewah.

sory guys, sory blogwalkers, aku memang kurang blogging sekarang.
sebab busy memanjang. ape aktiviti aku?

main game, facebooking, makan, tidur, minum, sapu sampah, basuh baju, lipat baju, kemas baju.
kadang2 masak. :p

ahahai.. tak kose aku nak masak. \(=,=)/

herm. nengok tajuk kat atas.
~hukum2 bilangan unta~
aik? ape tu? korang tak tau?
aku nak tau gak sape yg tau. sebab aku pon tak tau. harharhar

ini kes die:
*search keyword baris ke empat. hahaa. tak boleh blaa. aku masih konpius.

aku try jugak search google ape itu 'hukum2 bilangan unta'.
tapi yg keluar memang takde kena mengena.

(mungkin die nak cari macam mana pembahagian daging unta untuk akikah/korban/ apa2 yg melibatkan unta.)

aku rase mungkin korang pk,
takkan nak blogging sebab tu jer kot????!!!!

yang sebenarnya... MEMANG BETUL. harharhar

tapi sebagai informasi tambahan, aku bagi laa sket info pasal unta ni. :D




  • camel( unta)diperolehi melalui latin dan greek, yg berasal dari bahasa hebrew(ibrani) dan Pheonicia iaitu 'gamal' berkemungkinan berasal daripada kata dasar menanggung/membawa.
  • unta merupakan salah satu daripada 6 jenis keluarga 'camelidae' iaitu unta berbonggol dua, llama, alpaca, guanaco dan vicuna.
  • unta mampu hidup selama 40-50  tahun.
  • bonggol yang terdapat pada belakang unta bukan tempat simpanan air, tapi merupakan bonggolan tisu lemak yang membuatkan  unta mampu bertahan hidup tanpa air dan makanan dalam tempoh yg panjang. melalui proses 'fat metabolization'
tu jer setakat informasi yang bleh aku bagi.
untuk keterangan lanjut, sila klik pada link yang telah disediakan. terima kasih.



sebelum keluar binatang2 lain. eloklah saya mengundur diri terlebih dahulu.
trime kasih sebab sudi blogwalking.
thank you.
xie xie ni.
 komawo.
hontoni arigato.

assalamualaikum, sayonara minaa!